Aktiviti




Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pengunjung adalah seperti mengelilingi pulau samaada menggunakan bot atau berjalan kaki, memancing ikan, bermain bola tampar, sepak takraw, melihat ikan dan kima ternakan atau ikan hiasan dan bermandi manda.


Pengunjung tidak perlu risau tentang keselamatan ketika bermandi manda kerana kawasan perairan ini telah dilindungi dengan jaring untuk menghalang obor-obor dari memasuki kawasan tersebut. Bagi yang ingin melihat sendiri budaya hidup masyarakat Bajau dan Suluk, di sinilah tempatnya. Kedatangan anda pasti menjanjikan pengalaman yang sangat indah. Pendek kata. kedatangan anda sangat kami alu-alukan..