Kemudahan


Bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang, perjalanan anda bermula dari lapangan terbang Lahad Datu terus ke Jalan Pantai, Lahad Datu. Anda tidak perlu risau kerana Irunji Aquatourism menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari lapangan terbang atapun terminal bas terus ke jeti Lahad Datu ( Jeti Ko-Nelayan).  














Perjalanan dari jeti Lahad Datu ke Irunji Aquatourism hanya mengambil masa selama 7 minit menggunakan perkhidmatan bot yang juga disediakan oleh Irunji Aquatourism dengan harga yang berpatutan.



Sudut info berkaitan projek ternakan ikan serta pencapaian projek ini boleh dilihat di sudut info yang disediakan. Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana ikan dan kima diternak di sini.   Surau juga ada disediakan. 
Bagi pengunjung yang berhasrat untuk menikmati pemandangan matahari terbenam serta pengalaman bermalam di pulau, kami turut menyediakan bilik untuk penginapan yang berkonsepkan tradisional. Selain bilik penginapan terdapat juga 4 buah chalet (under renovation).  











Tentang makanan pula usah risau, IrunjiAquatourism  ada menyediakan perkhidmatan ikan panggang /BBQ khas buat pengunjung yang ingin menikmati hidangan ikan segar. Bukan itu saja malah pelbagai masakan bertemakan ikan pun ada mengikut selera anda ditambah lagi dengan ulam-ulaman segar diiringi dengan sambal aduh...tak terkata enaknya..Menarik bukan...