Tentang Kami


 Terletak di daerah Lahad Datu yang hanya mengambil masa selama  7 minit menggunakan bot laju untuk sampai ke Kampung Pulau Tengah, Pulau Sakar. Pulau Sakar dikelilingi dengan 7 buah kampung iaitu Kg. Tanjung Paras, Kg. Tarawakan, Kg. Trusan Luuk, Kg. Lok Giam, Kg. Tong Batu, Kg. Pu Gitong, Kg. Lok Bikin dan Kg. Pulau Tengah. Majoriti penduduknya adalah dari kaum Bajau dan Suluk. Sumber ekonomi penduduk bergantung kepada hasil tangkapan ikan.

Irunji Aquatourism adalah tempat pelancongan yang disertakan dengan pusat ternakan ikan dalam sangkar dan kandang. Beroperasi sejak tahun 1990. Irunji Aquatourism diambil sempena nama pengusahanya sendiri iaitu Encik Irunji Bin Parija. Asalnya, Irunji Aquatourism hanya merupakan sebuah pusat ternakan ikan dalam sangkar dan kandang yang mendapat bantuan daripada Jabatan Perikanan Sabah. Beliau pernah memenangi ”Penternak Jaya Ikan Marin Negeri Sabah 2008” sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Sabah 2008.

Kini, bilangan sangkar yang terdapat di Irunji Aquatourism adalah sebanyak 32 sangkar terapung dan 25 kandang ikan. Antara jenis-jenis ikan yang diternak adalah seperti ikan harimau, ikan ovon, ikan putih, ikan keratang juga kima. Manakala hasil ikan yang telah dikacukkan menghasilkan ikan kerapu campuran, ikan putih, ikan kerapu batang dan ikan keratang.